Alat Penjimatan Minyak…sejauh mana kebenarannya ? July 3, 2008
Posted by admin in Uncategorized.add a comment
Proton keluar kereta NGV Oktober June 28, 2008
Posted by admin in Uncategorized.1 comment so far
Ya..akhirnya Proton akan mengeluarkan kenderaan NGV nya sendiri. Proton begitu peka kepada masalah kenaikan bahan api yang melampau sekarang ini. Jadi tindakan ini sangat dialu-alukan oleh rakyat malaysia kerana harga CNG dipasaran malaysia ini hanyalah RM0.68 sahaja. Kenderaan NGV yang akan dikeluarkan oleh Proton sudah tentu lebih terjamin tahap kualitinya kerana ianya dipasang terus di dalam kilang berbanding dengan kaedah pemasangan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat pemasangan NGV di luar. Saya harap dapat lah tengok kereta NGV WAJA, PERSONA, SAGA yang akan dikeluarkan pada bulan oktober ni di showroom Proton EDAR.Syabas PROTON.
Diharapkan pihak Honda Malaysia membuat promosi kepada Civic Hybrid. Kalau harganya murah sikit boleh la kita beli. Mungkinkah Proton akan mengeluarkan PERSONA hybrid ?
Petikan Dari UTUSAN MALAYSIA…..28/6/2008
SHAH ALAM 27 Jun – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan kenderaan berkuasa gas asli (NGV) bagi semua model keluarannya bermula Oktober ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
Menurutnya, semua model Proton yang dilengkapi dengan kemudahan NGV itu nanti akan dipasang di kilangnya.
Bagaimanapun katanya, harga untuk model yang menggunakan NGV itu belum diputuskan, tetapi ia dijamin lebih rendah daripada yang ditawarkan syarikat lain.
“Kami sudah berbincang dengan kerajaan dua hari lalu dan bersetuju untuk mengeluarkan kereta NGV pertama negara pada Oktober ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kualiti Kesalahan Sifar Proton di kilang pengeluaran Proton di sini hari ini.
Setakat ini, semua pemilik kenderaan keluaran Proton hanya mempunyai pilihan untuk memasang tangki NGV berdasarkan konsep tenaga yang diperbaharui (RE) dan pengguna tidak mendapat pakej pemasangan lengkap yang lebih murah di kilang.
Syed Zainal Abidin menambah, pemasangan NGV di kilang juga diberi perlindungan oleh Proton selain menawarkan kualiti pemasangan yang lebih baik berbanding syarikat lain.
“Penggunaan NGV sudah diuji di Proton dan kami sentiasa memastikan penggunaannya menepati peraturan, selain dapat memberi kepuasan kepada pelanggan,’’ ujarnya.
Beliau berkata, kenderaan NGV itu nanti akan dijual di semua pusat jualan dengan harga pakej iaitu kos NGV termasuk dalam harga jualan.
Dengan itu katanya, kos untuk pemasangan tangki NGV lebih murah.
“Jika kita memasang tangki NGV di luar, pelanggan perlu membayar lebih dan tidak dapat menikmati pemotongan bayaran pendahuluan selain ia sebahagian daripada harga jual beli kenderaan Proton,’’ ujarnya.
Ketika ditanya mengenai usaha Proton untuk menembusi teknologi enjin hibrid, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya masih menimbang perkara tersebut.
Beliau meminta semua pihak memberi sedikit masa kepada Proton bagi memikirkan mengenai penggunaan teknologi berkenaan memandangkan enjin Lotus telah mempamerkan keupayaan tersendiri.
“Lotus terkenal dengan keupayaan enjinnya. Malah, masih terlalu awal untuk kami memikirkan mengenai penggunaan teknologi hibrid di negara ini,’’ katanya.
Siapa yang layak dapat subsidi…..? June 15, 2008
Posted by admin in Uncategorized.1 comment so far
Layak ( < 2000cc )
Kereta mewah sebegini hanya mampu dimiliki oleh mereka yang agak berada. Kalau Brand New kereta-kereta ini harganya RM150,000 ke atas dan RM200,000 ke atas. Tetapi mereka yang berada ini layak menerima subsidi rebet tunai.

Layak ( < 2000cc )

Layak ( < 2000cc )

Layak ( < 2000cc )

TIDAK LAYAK ( > 2000cc )
Kereta ini bukanlah dari kategori mewah kerana harga yang di bawah RM100,000 yang rata-rata pemilik kenderaan ini adalah kategori pertengahan. Tetapi mereka tidak layak menerima rebet tunai. Alahai kesiannya.

Begitu jugak kereta-kereta terpakai seperti di bawah. Kereta terpakai ini mempunyai CC besar, contoh :-
TIDAK LAYAK
HONDA Accord 1996 2400cc, berharga RM28,000.
TIDAK LAYAK

TOYOTA CAMRY 1995 2200cc, berharga RM24,000
Saya rasa kerajaan perlu mengkaji semula tentang kaedah CC kenderaan untuk mendapat rebet tunai. Bagaimana mereka yang telah membeli kenderaan CC besar ini tetapi harga kereta tersebut sangatlah murah kerana ianya kereta terpakai. Sudah tentu juga pengusaha kereta terpakai mengeluh kerana pelanggan tidak akan memilih kereta terpakai CC besar ini. Saya cadangkan kerajaan perlu menaikkan CC sehingga 2500cc kerana rata-rata kereta sekarang ini sehingga 2200cc dan 2500cc. Yang paling ketara adalah kereta NAZA Ria di atas. Sila bagi pendapat anda.
REMARKS :

Bagaimana Proton MPV yang bakal di pasaran ? Layakkah mendapat rebet tunai ?
Rebate Tunai dari Pejabat Pos June 12, 2008
Posted by admin in Uncategorized.add a comment
Saya baru sahaja menerima e-mail prosedur untuk mendapatkan rebate tunai dari pejabat pos daripada seorang kawan dan saya juga ternampak prosedur ini di dalam beberapa Blog. Apabila diperhatikan kaedah ini sangatlah mudah. Jadi diharap perlaksanaannya adalah semudah prosedur tersebut. Diharap kepada kawan yang akan beratur di Pejabat Pos mulai sabtu ini dapat membuktikan kemudahan yang sangat mudah ini.
Sila lihat di sini…Prosedur….dan Soalan Lazim.
Harga akan terus naik…. June 8, 2008
Posted by admin in Uncategorized.add a comment

Sedang saya mendengar buletin utama malam ini, kerisauan saya semakin memuncak kerana menteri yang berkenaan ada berkata harga minyak akan terus naik kerana harga pasaran minyak dunia terus naik mungkin akan sampai USD200. Jadi kalau kita gunakan 100% keuntungan Petronas, maka bangkrup lah Petronas satu hari nanti. Apa yang dikatakan itu memang banyak kebenarannya dan domino effect terhadap harga barangan yang lain akan berlaku.
Tidak dapat dielakkan kerana di dalam AlQuran sendiri ada menyebut bahawa keadaan ini akan berlaku. Jadi sebelum keadaan ini berterusan maka hendaklah kita menyimpan makanan sebelum berlaku keadaan yang akan semakin parah untuk menguji keimanan kita. Jadi hari-hari yang mendatang ini hendaklah kita bekerja kuat menambahkan pendapatan kita untuk di simpan yang mana ianya akan diperlukan di masa-masa akan datang. Menyimpan makanan dalam kontek sekarang ini adalah simpanan keewangan kita kerana harga barangan akan semakin melonjak dan memerlukan simpanan kita tersebut.
Jadi marilah sama-kita tingkat pendapatan kita dengan melakukan kerja-kerja sambilan seperti berniaga dan sebagainya. Syarikat Telekom Malaysia ada menawarkan peluang untuk menjadi usahawan Telekom Malaysia. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut lawatilah laman web http://www.smartniaga4u.com/Blog atau hubungi admin.

Berikut adalah aktiviti mutakhir yang akan diadakan di Kuantan, Pahang yang mana anda dijemput hadir ke seminar pengenalan bagaimana untuk menjadi Usahawan TM ini.
Bagaimana menangani isu kenaikan minyak ini ? June 4, 2008
Posted by admin in Uncategorized.5 comments
Keadaan menjadi agak kelam kabut malam ini, kebetulan malam ini saya hendak ke Puchong tetapi separuh jalan sahaja kerana jalan jem. Hampir kesemua station petrol yang saya jumpa penuh dengan kenderaan berbaris panjang. Ada yang membunyikan hon, sakit telinga dibuatnya, kerana mungkin ada yang potong que agaknya. Nasib baiklah semalam saya dah isi penuh dua-dua kereta saya…mungkin saya ada six-sense kot, macam terasa jer kat dalam hati ini,minyak akan naik.Tindakan saya tepat.Jadi tak payah lah saya ikut berbaris. Kerana semalam untuk dua kereta saya telah menghabiskan RM150, tapi kalu hari ini jadi berapa yer? dapatlah saving sikit walaupon esok lusa kena isi lagi.
Kita tahu isu kenaikan minyak ini adalah isu global, dan pihak kerajaan jenuh juga nak memikirkan bagaimana nak menanggani menangani isu subsidi ini. Saya juga paham berapa banyak kerajaan nak subsidi, sebab harga minyak dunia naik.
Apa pun saya nak cadangkan di sini, kerajaan kena segera memikirkan untuk memberi insentif kepada pengeluar-pengeluar kenderaan tempatan untuk memasang NGV kits pada kereta OEM seperti Proton dan Perodua. Langkah ini sudah dilakukan oleh kerajaan Thailand dimana mereka memberi bath50,000 pada kenderaan OEM yang memasang NGV kits ini. NGV kits yang dipasang pada kenderaan sekarang ini contohnya teksi adalah conversion sahaja dan bukannya OEM. Kalau OEM tu yakin sikit kita pada tahap keselamatannya sebab dah di buat testing dan sebagainya.
Kepada pengeluar kereta nasional Proton dan Perodua ini cepat-cepat lah membuat kereta yang menggunakan CNG ini. Mohonlah pada kerajaan insentif macam kat Thailand tu. Petrol station pula, segerakanlah menyediakan kemudahan station CNG, yang sekarang ini cuma ada 39 buah sahaja. Ini tidak cukup kerana NGV conversion car ini dah ada lebih kurang 15,000 unit di atas jalanraya. Jika Proton atau Perodua sudah ada NGV nanti, jenuh juga, beratur panjang pulak kita.
Di harap Pak Lah dapat memasukkan agenda ini dalam perbincangan nya tentang isu kenaikan harga minyak ini. Rasanya kita ada expertise dan engineer di dalam bidang NGV ni kat Proton tu. Kalau nak bawak kereta Hybrid dari Jepun contohnya Prius,Honda Civic,Estima ke dan macam-macam lagi tentu mahal, NGV pun ok la sebab murah sangat-sangat harga CNG nya.
Wassalam.
Gambar keadaan kelam kabut malam ini…Petrol Naik RM2.70/liter June 4, 2008
Posted by admin in Uncategorized.add a comment
Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini: PM June 4, 2008
Posted by admin in Uncategorized.add a comment
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .
“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.
“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.
Katanya, bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Kenaikan terakhir kerajaan ialah pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter. – Bernama
Another alternative – Hybrid Car June 4, 2008
Posted by admin in Uncategorized.add a comment

Hybrid-electric vehicles (HEVs) combine the benefits of gasoline engines and electric motors and can be configured to obtain different objectives, such as improved fuel economy, increased power, or additional auxiliary power for electronic devices and power tools.
Some of the advanced technologies typically used by hybrids include
Regenerative Braking. The electric motor applies resistance to the drivetrain causing the wheels to slow down. In return, the energy from the wheels turns the motor, which functions as a generator, converting energy normally wasted during coasting and braking into electricity, which is stored in a battery until needed by the electric motor.
Electric Motor Drive/Assist. The electric motor provides additional power to assist the engine in accelerating, passing, or hill climbing. This allows a smaller, more efficient engine to be used. In some vehicles, the motor alone provides power for low-speed driving conditions where internal combustion engines are least efficient.
Automatic Start/Shutoff. Automatically shuts off the engine when the vehicle comes to a stop and restarts it when the accelerator is pressed. This prevents wasted energy from idling.
Will local car maker introduce this ? June 4, 2008
Posted by admin in Uncategorized.add a comment
Natural gas, a fossil fuel comprised mostly of methane, is one of the cleanest burning alternative fuels. It can be used in the form of compressed natural gas (CNG) or liquefied natural gas (LNG) to fuel cars and trucks.
Dedicated natural gas vehicles are designed to run on natural gas only, while dual-fuel or bi-fuel vehicles can also run on gasoline or diesel. Dual-fuel vehicles allow users to take advantage of the wide-spread availability of gasoline or diesel but use a cleaner, more economical alternative when natural gas is available. Since natural gas is stored in high-pressure fuel tanks, dual-fuel vehicles require two separate fueling systems, which take up passenger/cargo space.
Natural gas vehicles are not produced commercially in large numbers—the Honda GX CNG is the only new vehicle available in the U.S. However, conventional gasoline and diesel vehicles can be retrofitted for CNG.

Compressed Natural Gas (CNG) is a substitute for gasoline (petrol), diesel, or propane fuel. It is considered to be a more environmentally “clean” alternative to those fuels and it is much safer than other motor fuels in the event of a fuel spill: natural gas is lighter than air, so it disperses quickly when leaked or spilled.

It is made by compressing natural gas (which is mainly composed of methane (CH4)),to less than 1% of its volume at standard atmospheric pressure. It is stored and distributed in hard containers, at a normal pressure of 200–220 bar (20–22 MPa), usually in cylindrical or spherical shapes to maintain equal pressure on the walls of the containers.
In response to high fuel prices and environmental concerns, compressed natural gas is starting to be used in light-duty passenger vehicles and pickup trucks, medium-duty delivery trucks, and in transit and school buses.











