Proton keluar kereta NGV Oktober June 28, 2008
Posted by admin in Uncategorized.trackback
Ya..akhirnya Proton akan mengeluarkan kenderaan NGV nya sendiri. Proton begitu peka kepada masalah kenaikan bahan api yang melampau sekarang ini. Jadi tindakan ini sangat dialu-alukan oleh rakyat malaysia kerana harga CNG dipasaran malaysia ini hanyalah RM0.68 sahaja. Kenderaan NGV yang akan dikeluarkan oleh Proton sudah tentu lebih terjamin tahap kualitinya kerana ianya dipasang terus di dalam kilang berbanding dengan kaedah pemasangan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat pemasangan NGV di luar. Saya harap dapat lah tengok kereta NGV WAJA, PERSONA, SAGA yang akan dikeluarkan pada bulan oktober ni di showroom Proton EDAR.Syabas PROTON.
Diharapkan pihak Honda Malaysia membuat promosi kepada Civic Hybrid. Kalau harganya murah sikit boleh la kita beli. Mungkinkah Proton akan mengeluarkan PERSONA hybrid ?
Petikan Dari UTUSAN MALAYSIA…..28/6/2008
SHAH ALAM 27 Jun – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan kenderaan berkuasa gas asli (NGV) bagi semua model keluarannya bermula Oktober ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
Menurutnya, semua model Proton yang dilengkapi dengan kemudahan NGV itu nanti akan dipasang di kilangnya.
Bagaimanapun katanya, harga untuk model yang menggunakan NGV itu belum diputuskan, tetapi ia dijamin lebih rendah daripada yang ditawarkan syarikat lain.
“Kami sudah berbincang dengan kerajaan dua hari lalu dan bersetuju untuk mengeluarkan kereta NGV pertama negara pada Oktober ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kualiti Kesalahan Sifar Proton di kilang pengeluaran Proton di sini hari ini.
Setakat ini, semua pemilik kenderaan keluaran Proton hanya mempunyai pilihan untuk memasang tangki NGV berdasarkan konsep tenaga yang diperbaharui (RE) dan pengguna tidak mendapat pakej pemasangan lengkap yang lebih murah di kilang.
Syed Zainal Abidin menambah, pemasangan NGV di kilang juga diberi perlindungan oleh Proton selain menawarkan kualiti pemasangan yang lebih baik berbanding syarikat lain.
“Penggunaan NGV sudah diuji di Proton dan kami sentiasa memastikan penggunaannya menepati peraturan, selain dapat memberi kepuasan kepada pelanggan,’’ ujarnya.
Beliau berkata, kenderaan NGV itu nanti akan dijual di semua pusat jualan dengan harga pakej iaitu kos NGV termasuk dalam harga jualan.
Dengan itu katanya, kos untuk pemasangan tangki NGV lebih murah.
“Jika kita memasang tangki NGV di luar, pelanggan perlu membayar lebih dan tidak dapat menikmati pemotongan bayaran pendahuluan selain ia sebahagian daripada harga jual beli kenderaan Proton,’’ ujarnya.
Ketika ditanya mengenai usaha Proton untuk menembusi teknologi enjin hibrid, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya masih menimbang perkara tersebut.
Beliau meminta semua pihak memberi sedikit masa kepada Proton bagi memikirkan mengenai penggunaan teknologi berkenaan memandangkan enjin Lotus telah mempamerkan keupayaan tersendiri.
“Lotus terkenal dengan keupayaan enjinnya. Malah, masih terlalu awal untuk kami memikirkan mengenai penggunaan teknologi hibrid di negara ini,’’ katanya.
[...] a lot of reaction from Malaysian bloggers here, here, here, here and here including Harian Metro (Malay [...]